Tuesday, December 23, 2014

Penerangan lengkap khasiat minyak morhabshi

Assalamualaikum.
Ini adalah minyak campuran herba-herba dan akar kayu termasuklah safron, keduduk putih, serai, dan raja kayu.

Selain itu ia turut diruqyah dengan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang menjadi amalan ulama sejak dahulu.

Sapukan pada betis dan perut bayi bagi mengelak kembung dan menambah keselesaannya.

Calitkan pada kening, leher, belakang telinga, ubun-ubun, dan tempat-tempat tersorok pada tubuh bayi bagi menghindari gangguan makhluk halus.

Lakukan juga begitu untuk melawan sihir, santau, histeria dan sebagainya.

Sapu pada dada untuk membantu sesak nafas atau sakit dada.

Sapukan pada kepala dan tengkuk jika sakit kepala.

Lekap pada gigi atau gusi menggunakan kapas atau tisu jika sakit gigi.

Sapukan pada perut jika cirit birit. Sapukan juga pada dubur jika buasir.

Sapukan pada kulit bermasalah termasuk luka, bengkak, alahan, jerawat, kurap, kayap, kudis dan sebagainya.

Begitu juga sakit mulut, lidah dan lain-lain samada bayi, kanka-kanak, mahupun orang dewasa.

Gunakan jika disengat serangga atau haiwan bisa seperti lipan dan kala jengking.

Minyak Morhabshi juga bertindak sebagai antiseptik dan antibiotik bagi melawan bisa, mengurangkan kesakitan, menawar racun seperti kencing tikus dan nyamuk aedes.

Ia juga digunakan untuk melancarkan aliran darah samada darah tinggi atau rendah.

Amalan meminumnya membantu meningkatkan kehebatan lelaki.

Kajian saintifik juga mendapati myrrh  dan safron yang digunakan dalam produk ini berkesan menurunkan kandungan gula.

Selain digunakan secara sapuan, minyak herba ini juga boleh diminum untuk semua perkara di atas samada dicampur sedikit air atau tanpa air.

Minum beberapa titik atau sehingga lebih kurang satu sudu teh dan dilakukan tiga kali sehari setiap hari.

Semoga usaha menyediakan ramuan ini  dan menggunanya diberkati Allah Taala dan dapat membantu tuan/puan sekeluarga.

Sesungguhnya Allah Taala jua yang menentukannya.

Sunday, December 7, 2014

Pengalaman sendiri menggunakan minyak morhabshi

Entah apa kena sejak pagi semalam badan rasa lain macam. Muka terasa kembang dan leher sedikit tegang.

Saya memang ada darah tinggi dan setiap pagi perlu makan ubat. Namun kali ini nampaknya ubat klinik itu seolah tidak memberi kesan.

Dalam keadaan begini... badan lesu, letih dan mengantuk. Lepas zohor tidur hingga asar. Lepas isya tidur lagi.

Lebih kurang pukul 10 malam isteri kejut dengan minyak morhabshi di tangan. Tanpa banyak soal disuruh nganga dan segera dipicitkan minyak morhabshi ke dalam mulut.

Walaupun masih mengantuk namun terasa ada perubahan. Alhamdulillah. Dalam hati berkata adakah rasa lega kerana minyak morhabshi atau kerana sudah tidur lama?

Lebih kurang pukul 3 pagi isteri kejut lagi kerana sebelum subuh kami akan bergerak ke Sabak Bernam Selangor. Kenduri di rumah bapa saudara, tidak jauh dari rumah bonda.

Tubuh rasa lebih ringan dan segar. Alhamdulillah. Saya memicit minyak morhabshi ke dalam mulut. Dua kali picit. Tak perlu air. Sebelum subuh kami bertolak.

Selepas solat subuh di R&R Seremban saya teguk lagi minyak morhabshi dan setiap kali selepas menelannya badan terasa lebih segar.

Kami singgah di KL kerana seorang ibu saudara saya ingin menumpang. Beliau seorang chef yang semakin dikenali. Chef Yusra. Sudah mula muncul di TV. Beliau juga salah seorang stokis Minyak Morhabshi.

Menjelang jam 10 pagi kami tiba di rumah bonda dan kemudian ke rumah kenduri. Selepas makan dan beramah mesra dengan saudara mara kami meneruskan perjalanan ke utara.

Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan saya rasa segar padahal sejak pagi Sabtu saya rasa seolah tidak begitu larat untuk meneruskan program. Sementelah pula saya dan isteri diberi tanggung jawab menemuduga ibu bapa calon SM Imtiaz Melaka sepanjang pagi Sabtu itu.

Dalam perjalanan ke Kedah, saya teguk lagi Minyak Morhabshi. Saya anggarkan setiap 4 jam sekali. Kami tiba di Alor Star kira-kira jam 6 petang dan ahli keluarga sebelah isteri saya yang bertolak daripada Melaka serentak dengan kami sudahpun tiba sebab mereka tidak singgah di Selangor. Program diteruskan.

Selepas maghrib lepak depan masjid zahir melayan anak-anak bermain buih sabun sebelum pulang ke hotel. Sebelum tidur telan lagi Minyak Morhabshi.

Jam 5.30 saya bangun dengan cukup segar. Selepas solat subuh saya turun ke bawah menikmati suasana subuh di negeri kelahiran. Kebetulan pihak hotel menyediakan basikal maka berkayuhlah saya sebentar di sekitar situ melihat-lihat sawah yang semakin susut.

Program sepanjang pagi ialah ke gunung Keriang dan muzium padi sebelum makan dan meninjau Pekan Rabu.

Sekarang saya di medan selera Pekan Rabu dan tubuh terasa cukup sihat dan segar. Alhamdulillah.

Sebentar lagi saya akan minum lagi Minyak Morhabshi. Tadi saya sempat beritahu isteri bahawa dia patut minum Minyak Morhabshi setiap pagi bagi menggantikan makanan tambahan (import) yang beliau ambil berharga ratusan ringgit itu.

Minyak Morhabshi keluaran tempatan tanpa iklan mahal cuma RM28 (60ml)!

Atau mungkin kami perlu gunakan iklan tv dengan kos yang tinggi, kemudian jual pada harga RM120 sebotol sebagaimana produk lain yang setara? Barangkali dengan cara itu barulah orang percaya bahawa produk tempatan ini berkualiti!

Saya rasa tidak perlu sebab kami percaya, dengan sokongan pengguna setia sejak allahyarham Ustaz Hamid masih ada, Minyak Morhabshi akan menjadi produk kesayangan rakyat dan kita mampu kekalkan harga sekarang.

Untuk menjadi agen sila hubungi 0194401944.

Friday, December 5, 2014

Minyak untuk bayi

Baru dapat bayi atau anak buah baru? Baca info ini:

BAYI bukan sahaja anugerah Allah taala pada kita bahkan ia adalah amanah yang amat besar dan tidak ternilai.

Sudah tentu Allah taala mampu menjadikan manusia seramai-ramainya sekaligus, dan serta merta menjadi dewasa hanya dengan 'kun fayakun' namun Allah taala tidak memilih cara itu.
Allah taala menjadikan Adam dan kemudiannya Hawa lalu mereka bersatu dalam ikatan cinta dan kasih sayang. Dari situ lahirlah anak-anak dalam bentuk bayi yang kemudiannya membesar dalam gelembung kekeluargaan.

Bayi yang lahir seperti kain putih dan membesar di depan mata ayah bonda, mempelajari sedikit demi sedikit erti kehidupan. Membesarkan anak-anak adalah pengalaman yang tidak mungkin terlupakan.
Minyak Morhabshi adalah sejenis minyak sapuan yang mengandungi herba-herba  terpilih, serta diiring bacaan doa dan ayat Al-Quran tertentu yang menjadi amalan Rasululullah, para sahabat, dan ulama silam yang kami percaya amalan itu juga dapat membantu ibu bapa dalam penjagaan bayi mereka sejak lahir.

Si comel yang masih lemah sentiasa terdedah dengan pelbagai anasir luar dan juga masalah dalaman.
Di samping itu, sebagai orang Islam kita percaya bahawa selain manusia dan haiwan, bumi ini turut dihuni makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Allah taala telah memberi amaran pada kita bahawa antara makhluk-makhluk tersebut ada yang memang menjadi musuh tradisi manusia sehingga qiamat.

Tindakan menyapu dan mengelus dari hujung kaki hingga ke peha bayi dengan penuh kasih sayang dapat membantu bayi lebih selesa dan selamat. Teruskan pada lengan dan jari jemari sikecil anda itu.
Sapukan juga pada perut bayi bagi menghindar ia dimasuki angin dan mengalami masalah kembung perut.

Begitu juga di bahagian dada dan belakang tubuh bayi. Ia membantu bayi lebih selesa dan dapat tidur dengan lebih nyenyak di samping membantu mengelakkan masalah pernafasan.

Bagi menghindari gangguan, calitkan pada sendi-sendi, ubun-ubun, cuping telinga dan bahagian-bahagian yang terlindung pada tubuh bayi sambil bersalawat.

Lakukan apabila bayi anda meragam atau setiap kali selepas memandikannya.

Ia juga dapat menghilangkan kesan gigitan serangga termasuk nyamuk, lebah, dan tebuan.


Minyak Morhabshi diperbuat daripada  campuran minyak kelapa, zaitun, bijan, safron, resin myrrh dan herba-herba tempatan yang boleh dimakan. Justeru ia adalah lembut dan tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.

Bahan utamanya iaitu myrrh (morhabshi) adalah bahan yang amat dipercayai sejak zaman Mesir purba, tamadun Rom, tamadun Islam, dan hingga kini masih menarik perhatian saintis serta pengamal perubatan di seluruh dunia.

Anda boleh taipkan perkataan 'myrrh' pada Google dan boleh mengetahui lebih lanjut berkenaannya.
Lihat juga khasiat safron yang digelar herba 1001 penawar serta minyak zaitun yang keistimewaannya disebut dalam Al-Quran.

Keampuhan khasiat herba-herba lain yang turut digunakan seperti keduduk putih, raja kayu, dan mustaqim juga sudah lama diketahui umum. Anda boleh perolehi maklumat lanjut di internet atau sumber-sumber lain.

Minyak Morhabshi dimulakan seorang ulama dan pengamal perubatan Islam iaitu Ustaz Hj Abd Hamid, iaitu salah seorang pensyarah di Maahad Derang  Kedah. Allahyarham juga adalah seorang doktor homeopathy bertauliah.

Beliau juga telah menulis beberapa buah kitab perubatan Islam, tradisional, dan homeopathy yang masih ada hingga kini.

Minyak Morhabshi telah dikeluarkan sejak lebih 40 tahun yang lalu bermula di Jitra Kedah. Kini pengeluarannya diteruskan balu dan anak cucu beliau yang telah juga mengeluarkannya sejak beliau masih hidup lagi.

Semoga dengan adanya Minyak Morhabshi ini dapat membantu anda memberikan penjagaan yang terbaik pada bayi anda. Insya-Allah.

Sesungguhnya semuanya daripada Allah taala dan kepada Allah taala jua kita akan kembali.
Alfatihah untuk allahyarham Ustaz Hamid dan Isterinya allahyarham Hjh Saodah. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Moga usaha kecil kami ini memberi manafaat pada anda dan keluarga serta ummat Islam seluruhnya.



Anda baru dapt anak saudara yang jauh di mata? Hadiahkan sebotol minyak morhabshi pada sicomel tersebut. Hubungi 0194401944. Biar kami uruskan penghantarannya bagi pihak anda. Hanya rm50 termasuk pos.

*dropship dialu2kan