Monday, May 4, 2015

buasir dan berak berdarah

Berapa ramaikah pengidap buasir di dunia?

Maaf, bukan sahaja di dunia bahkan di Malaysia pun barangkali tidak ada angka yang tepat bagi menjawab soalan tersebut.

Hal ini kerana pengidap buasir tidak akan menghebahkan masalah mereka pada orang lain termasuk pasangan sendiri melainkan penyakit tersebut sudah di peringkat kritikal.

Masalah buasir lebih 'tertutup' berbanding masalah seksual kerana dalam masalah seks atau alat kelamin ia tidak boleh dirahsiakan daripada pasangan sendiri!

Justeru ramai pengidap buasir memendam sendiri masalah mereka. Hendak membeli ubat atau mendapatkan rawatan pun bimbang rahsia terbongkar, terutama yang di bawah usia 50an.

Saya rasa masalah ini boleh diatasi melalui salah satu ramuan yang disediakan ustaz Abdul Hamid ini. Produk yang dikeluarkan menggunakan minyak sebagai asas dan mengandungi pelbagai herba yang telah terkenal Insya-Allah dapat membantu meringankan penderitaan pengidap buasir.

Kenapa saya kata begitu sedangkan terdapat banyak ubat buasir dijual di pasaran?

Saya katakan demikian kerana ramuan yang dikeluarkan Ustaz Hamid BUKAN khusus untuk buasir sebaliknya terkenal sebagai produk untuk pelbagai khasiat. Justeru apabila anda membeli produk ini, tidak ada sesiapa yang tahu kenapa anda membelinya selagi anda sendiri tidak membocorkan rahsia.

Cuba lihat senarai lokasi agen untuk membelinya atau hubungi 0194401944.

Cara menggunakannya ialah:
1) sapu di tempat buasir tersebut (bontot)
2) minum anggaran 3 kali picit ke dalam mulut dan lakukan tiga kali sehari. Sebaiknya sebelum makan.
3) sapu pada perut dan belakang badan.
4) sapu dan urut perlahan-lahan pada betis hingga tapak kaki.

Lakukan sendiri keempat-empat cara tersebut tanpa sesiapapun tahu. Mungkin akan ambil masa sedikit untuk sembuh sepenuhnya tetapi jangan bimbang kerana harganya tidaklah semahal produk lain terutama yang diimport.

Antara bahan yang digunakan termasuklah:

1) Myrrh atau morhabshi (itu sebabnya dipanggil minyak morhabshi). Myrrha atau morhabshi terkenal sejak zaman Mesir Purba dan dipercayai oleh semua penganut agama samawiyah (istilah untuk agama Islam, kristian, Yahudi). Pada zaman dahulu harganya sama dengan harga emas. Jangan risau kerana setelah banyak kajian dilakukan di seluruh dunia maka sekarang myrrh telah dikeluarkan oleh banyak negara serta dikomersialkan. Kini harganya lebih kurang herba lain sahaja.



Lihat info lanjut khasiat myrrh atau morhabshi


2) Saffron atau zaafaran yang juga dikenali sebagai herba 1000 khasiat. Ia adalah herba termahal di
 dunia iaitu dijual antara RM15 ribu-RM30 ribu sekilogram. Mujur ia amat ringan dan tidak boleh digunakan berlebihan. Kami campurkan sedikit sahaja dalam minyak morhabshi.

Lihat info lanjut khasiat saffron atau zaafaran.


3) Minyak Zaiton yang diamalkan diseluruh dunia.

4) Senduduk Putih

5) Minyak Bijan

Sebenarnya ada puluhan herba dicampurkan di dalamnya. Ia adalah produk 1000 khasiat yang perlu sentiasa ada di setiap rumah. Testimonial serta kesetiaan pengguna sejak puluhan tahun membuktikannya.

Insya-Allah.



Al-fatihah untuk Ustaz Hj Dr (Homeopathy) Abdul Hamid Ahmad dan isteri beliau Hjh Saodah Abd Kadir
Pengasas Minyak Morhabshi

Semoga penerusan produk ini menjadi sebahagian pahala yang sampai kepada mereka sebagaimana konsep 'ilmu yang masih diamalkan'.