Wednesday, August 27, 2014

khasiat minyak warisan sheikh abdul hamid

Foto di atas adalah minyak morhabshi yang pernah dikeluarkan ayahanda saya Aminudin Hj Abd Hamid bersama ibu saya Normah Hj Saat. Mereka mengeluarkannya sendiri di Pahang dengan pengawasan Sheikh Hj Abd Hamid yang ketika itu tinggal di Kedah.


Saya tidak pasti bilakah kali pertama datuk kami mengeluarkan minyak morhabshi namun seingat saya, sejak kecil lagi saya sudah biasa menggunakannya.

Berikut adalah khasiat minyak morhabshi yang tercatat pada botol minyak morhabshi yang pernah dikeluarkan oleh allahyarham Sheikh Abdul Hamid. Sayangnya botol tersebut tidak ada lagi dalam simpanan saya.

histeria
dirasuk syaitan
sihir (buatan orang)
santau bayi 'diganggu'
bayi 'kembung'
sawan tangis
pusat bayi (agar mudah tanggal)
batuk lelah/asma 

sakit gigi
senak
cirit birit
kanser
kayap
kurap
gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)
kudis bisul
melecur terkena api atau air/minyak panas
gigitan serangga & binatang bisa


Menurut Sheikh Abdul Hamid, minyak morhabshi bukanlah minyak angin sebagaimana yang biasa dibuat oleh orang Melayu.

Minyak morhabshi adalah campuran puluhan herba terpilih yang menggunakan minyak kelapa sebagai asas. Ia berbeza dengan produk herba lain yang biasanya (ketika itu) menggunakan air (tonik), dikisar menjadi serbuk (rempah), dipekatkan sehingga boleh digentel (maajun), atau dicampur dengan bahan lain termasuk methanol.

Cara menggunakan minyak morhabshi:
Mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah, salawat dan basmallah.

1) disapu terus pada tempat sakit
2) dicalit pada tengkuk, belakang cuping telinga, kening, ubun-ubun, sendi-sendi, dan tempat-tersorok pada tubuh.
3) diminum samada dicampur air atau tanpa air. Gunakan satu hingga dua sudu tea dan minum 2 atau 3 kali sehari.
4) untuk lebih baik, guna kesemua kaedah serentak iaitu calit, sapu, dan minum.

Kenapa perlu calit?
Menurut kajian perubatan Islam, setiap penyakit bukan sahaja disebabkan makhluk yang kita boleh nampak seperti kuman, bakteria, virus, cuaca, serangga, haiwan, dan manusia lain malah boleh disebabkan gangguan makhluk ghaib seperti jin dan syaitan.

Minyak morhabshi dibacakan doa dan ayat-Al-Quran tertentu yang biasa diamalkan oleh para ulama silam dalam merawat penyakit. Malah sebahagian dariapadanya adalah amalan Rasulullah SAW sendiri ataupun yang dianjurkan melaui hadis sohih. Contohnya ayat kursy dan ayat manzil.

Sebagai usaha, herba-herba yang digunakan telah diakui sejak ribuan tahun seperti Myrrh (morhabshi) telah terkenal di zaman Mesir dan Rom serta Safron yang dikatakan herba 1001 khasiat.

Lihat rujukan kajian bahan-bahan yang digunakan dalam minyak morhabshi:

Rujukan myrrh (morhabshi)
http://en.wikipedia.org/wiki/Myrrh
http://www.botanical.com/botanical/mgmh/m/myrrh-66.html
http://science.howstuffworks.com/life/botany/question283.htm
http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-570-myrrh.aspx?activeingredientid=570&activeingredientname=myrrh
http://www.itmonline.org/arts/myrrh.htm
http://www.experience-essential-oils.com/benefits-of-myrrh.html
http://www.youngliving.com/en_US/products/essential-oils/singles/myrrh-essential-oil
http://christianity.about.com/od/glossary/a/Myrrh.htm
http://www.biblicalarchaeology.org/daily/people-cultures-in-the-bible/jesus-historical-jesus/why-did-the-magi-bring-gold-frankincense-and-myrrh/



No comments:

Post a Comment