Sunday, August 24, 2014

Latar belakang Sheikh Abdul Hamid Ahmad

Sheikh Haji Abdul Hamid bin Ahmad

Kerjaya Allahyarham Sheikh Haji Abdul Hamid bin Ahmad bermula sebagai guru agama yang kemudiannya mendapat tauliah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Agama Islam.

Semasa hayatnya amat berminat mendalami pelbagai ilmu termasuk bidang perubatan. Di samping mengajar, memberi kuliah, dan berdakwah, Allahyarham aktif dalam bidang rawatan Islam dan perubatan tradisional Melayu.

Guru agama ini juga mendapat tauliah perubatan homeopathy dan pernah membantu Dr Azizan (pengasas Era Edar) mengendalikan klinik homeopathy di samping memiliki klinik homeopathy sendiri di Kedah.

Beliau berbangsa Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu namun doktor homeopathy ini juga menguasai bahasa Arab dan Inggeris. Menariknya, pendakwah bertaraf ulama ini juga fasih bertutur dalam bahasa Siam. 

Beliau mampu memahami kitab-kitab berbahasa Arab tanpa baris dan di rumah beliau terdapat perpustakaan peribadi yang penuh dengan kitab-kitab agama serta perubatan dalam bahasa Melayu, Arab, dan Inggeris.

Setelah bersara wajib dalam pendidikan, allahyarham dipelawa menjadi pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah oleh pengasas maahad yang terkenal itu. Jemputan tersebut juga bagi mendapatkan khidmat beliau menyediakan kemudahan rawatan dan perubatan untuk warga maahad dan penduduk sekitar. Untuk makluman, konsep maahad tidak sama dengan sekolah kerana ia seperti sebuah perkampungan Islam yang diketuai pengetua maahad.

Beliau telah menulis tiga buah kitab perubatan:

1) Kitab Attabib Wal Hikmah mengandungi amalan perubatan Islam, petua, dan ramuan perubatan berasaskan herba (tulisan rumi)

2) Kitab amalan dan rawatan Islam (tulisan jawi)

3) Buku panduan perubatan homeopathy (rumi/istilah perubatan)

Beliau banyak mengeluarkan produk kesihatan dalam bentuk serbuk, kapsul, makjun, dan minyak. Salah satunya ialah minyak morhabshi.

Sebagaimana namanya, minyak morhabshi dikeluarkan dalam bentuk minyak dan terdiri daripada berpuluh jenis herba dari seluruh dunia.

Antara herba yang digunakan termasuklah:

1) Morhabshi (myrrh) berasal daripada Somalia dan Afrika
2) Safron (zaafaran) banyak negara mengeluarkan safron termasuk Iran, Maghribi, China, dan India
3) Zaiton
4) Lenga atau bijan
5) Keduduk Putih
6) Lemuni Hitam



Artikal lain:

2 comments:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  2. subhanallah....
    hampir 30 tahun saya mencari latar belakang Sheikh Abdul Hamid Ahmad. sy telah beramal dengan kita thobib walhikmat hampir 30 tahun semasa saya berada dipondok dulu.beliau telah mengijazah sesiapa sahaja yang beramal dengan kita tulisan beliau.
    telah lama saya mencari beliau untuk bertemu.

    ReplyDelete