Sunday, December 7, 2014

Pengalaman sendiri menggunakan minyak morhabshi

Entah apa kena sejak pagi semalam badan rasa lain macam. Muka terasa kembang dan leher sedikit tegang.

Saya memang ada darah tinggi dan setiap pagi perlu makan ubat. Namun kali ini nampaknya ubat klinik itu seolah tidak memberi kesan.

Dalam keadaan begini... badan lesu, letih dan mengantuk. Lepas zohor tidur hingga asar. Lepas isya tidur lagi.

Lebih kurang pukul 10 malam isteri kejut dengan minyak morhabshi di tangan. Tanpa banyak soal disuruh nganga dan segera dipicitkan minyak morhabshi ke dalam mulut.

Walaupun masih mengantuk namun terasa ada perubahan. Alhamdulillah. Dalam hati berkata adakah rasa lega kerana minyak morhabshi atau kerana sudah tidur lama?

Lebih kurang pukul 3 pagi isteri kejut lagi kerana sebelum subuh kami akan bergerak ke Sabak Bernam Selangor. Kenduri di rumah bapa saudara, tidak jauh dari rumah bonda.

Tubuh rasa lebih ringan dan segar. Alhamdulillah. Saya memicit minyak morhabshi ke dalam mulut. Dua kali picit. Tak perlu air. Sebelum subuh kami bertolak.

Selepas solat subuh di R&R Seremban saya teguk lagi minyak morhabshi dan setiap kali selepas menelannya badan terasa lebih segar.

Kami singgah di KL kerana seorang ibu saudara saya ingin menumpang. Beliau seorang chef yang semakin dikenali. Chef Yusra. Sudah mula muncul di TV. Beliau juga salah seorang stokis Minyak Morhabshi.

Menjelang jam 10 pagi kami tiba di rumah bonda dan kemudian ke rumah kenduri. Selepas makan dan beramah mesra dengan saudara mara kami meneruskan perjalanan ke utara.

Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan saya rasa segar padahal sejak pagi Sabtu saya rasa seolah tidak begitu larat untuk meneruskan program. Sementelah pula saya dan isteri diberi tanggung jawab menemuduga ibu bapa calon SM Imtiaz Melaka sepanjang pagi Sabtu itu.

Dalam perjalanan ke Kedah, saya teguk lagi Minyak Morhabshi. Saya anggarkan setiap 4 jam sekali. Kami tiba di Alor Star kira-kira jam 6 petang dan ahli keluarga sebelah isteri saya yang bertolak daripada Melaka serentak dengan kami sudahpun tiba sebab mereka tidak singgah di Selangor. Program diteruskan.

Selepas maghrib lepak depan masjid zahir melayan anak-anak bermain buih sabun sebelum pulang ke hotel. Sebelum tidur telan lagi Minyak Morhabshi.

Jam 5.30 saya bangun dengan cukup segar. Selepas solat subuh saya turun ke bawah menikmati suasana subuh di negeri kelahiran. Kebetulan pihak hotel menyediakan basikal maka berkayuhlah saya sebentar di sekitar situ melihat-lihat sawah yang semakin susut.

Program sepanjang pagi ialah ke gunung Keriang dan muzium padi sebelum makan dan meninjau Pekan Rabu.

Sekarang saya di medan selera Pekan Rabu dan tubuh terasa cukup sihat dan segar. Alhamdulillah.

Sebentar lagi saya akan minum lagi Minyak Morhabshi. Tadi saya sempat beritahu isteri bahawa dia patut minum Minyak Morhabshi setiap pagi bagi menggantikan makanan tambahan (import) yang beliau ambil berharga ratusan ringgit itu.

Minyak Morhabshi keluaran tempatan tanpa iklan mahal cuma RM28 (60ml)!

Atau mungkin kami perlu gunakan iklan tv dengan kos yang tinggi, kemudian jual pada harga RM120 sebotol sebagaimana produk lain yang setara? Barangkali dengan cara itu barulah orang percaya bahawa produk tempatan ini berkualiti!

Saya rasa tidak perlu sebab kami percaya, dengan sokongan pengguna setia sejak allahyarham Ustaz Hamid masih ada, Minyak Morhabshi akan menjadi produk kesayangan rakyat dan kita mampu kekalkan harga sekarang.

Untuk menjadi agen sila hubungi 0194401944.

1 comment:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete