Baru dapat bayi atau anak buah baru? Baca info ini:
BAYI bukan sahaja anugerah Allah taala pada kita bahkan ia adalah amanah yang amat besar dan tidak ternilai.
Sudah tentu Allah taala mampu menjadikan manusia seramai-ramainya sekaligus, dan serta merta menjadi dewasa hanya dengan 'kun fayakun' namun Allah taala tidak memilih cara itu.
Allah taala menjadikan Adam dan kemudiannya Hawa lalu mereka bersatu dalam ikatan cinta dan kasih sayang. Dari situ lahirlah anak-anak dalam bentuk bayi yang kemudiannya membesar dalam gelembung kekeluargaan.
Bayi yang lahir seperti kain putih dan membesar di depan mata ayah bonda, mempelajari sedikit demi sedikit erti kehidupan. Membesarkan anak-anak adalah pengalaman yang tidak mungkin terlupakan.
Minyak Morhabshi adalah sejenis minyak sapuan yang mengandungi herba-herba terpilih, serta diiring bacaan doa dan ayat Al-Quran tertentu yang menjadi amalan Rasululullah, para sahabat, dan ulama silam yang kami percaya amalan itu juga dapat membantu ibu bapa dalam penjagaan bayi mereka sejak lahir.
Si comel yang masih lemah sentiasa terdedah dengan pelbagai anasir luar dan juga masalah dalaman.
Di samping itu, sebagai orang Islam kita percaya bahawa selain manusia dan haiwan, bumi ini turut dihuni makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Allah taala telah memberi amaran pada kita bahawa antara makhluk-makhluk tersebut ada yang memang menjadi musuh tradisi manusia sehingga qiamat.
Tindakan menyapu dan mengelus dari hujung kaki hingga ke peha bayi dengan penuh kasih sayang dapat membantu bayi lebih selesa dan selamat. Teruskan pada lengan dan jari jemari sikecil anda itu.
Sapukan juga pada perut bayi bagi menghindar ia dimasuki angin dan mengalami masalah kembung perut.
Begitu juga di bahagian dada dan belakang tubuh bayi. Ia membantu bayi lebih selesa dan dapat tidur dengan lebih nyenyak di samping membantu mengelakkan masalah pernafasan.
Bagi menghindari gangguan, calitkan pada sendi-sendi, ubun-ubun, cuping telinga dan bahagian-bahagian yang terlindung pada tubuh bayi sambil bersalawat.
Lakukan apabila bayi anda meragam atau setiap kali selepas memandikannya.
Ia juga dapat menghilangkan kesan gigitan serangga termasuk nyamuk, lebah, dan tebuan.
Minyak Morhabshi diperbuat daripada campuran minyak kelapa, zaitun, bijan, safron, resin myrrh dan herba-herba tempatan yang boleh dimakan. Justeru ia adalah lembut dan tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.
Bahan utamanya iaitu myrrh (morhabshi) adalah bahan yang amat dipercayai sejak zaman Mesir purba, tamadun Rom, tamadun Islam, dan hingga kini masih menarik perhatian saintis serta pengamal perubatan di seluruh dunia.
Anda boleh taipkan perkataan 'myrrh' pada Google dan boleh mengetahui lebih lanjut berkenaannya.
Lihat juga khasiat safron yang digelar herba
1001 penawar serta minyak zaitun yang keistimewaannya disebut dalam Al-Quran.
Keampuhan khasiat herba-herba lain yang turut digunakan seperti keduduk putih, raja kayu, dan mustaqim juga sudah lama diketahui umum. Anda boleh perolehi maklumat lanjut di internet atau sumber-sumber lain.
Minyak Morhabshi dimulakan seorang ulama dan pengamal perubatan Islam iaitu Ustaz Hj Abd Hamid, iaitu salah seorang pensyarah di Maahad Derang Kedah. Allahyarham juga adalah seorang doktor homeopathy bertauliah.
Beliau juga telah menulis beberapa buah kitab perubatan Islam, tradisional, dan homeopathy yang masih ada hingga kini.
Minyak Morhabshi telah dikeluarkan sejak lebih 40 tahun yang lalu bermula di Jitra Kedah. Kini pengeluarannya diteruskan balu dan anak cucu beliau yang telah juga mengeluarkannya sejak beliau masih hidup lagi.
Semoga dengan adanya Minyak Morhabshi ini dapat membantu anda memberikan penjagaan yang terbaik pada bayi anda. Insya-Allah.
Sesungguhnya semuanya daripada Allah taala dan kepada Allah taala jua kita akan kembali.
Alfatihah untuk allahyarham Ustaz Hamid dan Isterinya allahyarham Hjh Saodah. Moga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.
Moga usaha kecil kami ini memberi manafaat pada anda dan keluarga serta ummat Islam seluruhnya.
Anda baru dapt anak saudara yang jauh di mata? Hadiahkan sebotol minyak morhabshi pada sicomel tersebut. Hubungi 0194401944. Biar kami uruskan penghantarannya bagi pihak anda. Hanya rm50 termasuk pos.
*dropship dialu2kan